Kata Aluan

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Alhamdulillah dengan izin Allah, maka Konvensyen Bidadari kembali dianjurkan bagi memenuhi kehendak pencinta ilmu dengan pelbagai perkongsian daripada penceramah-penceramah yang berwibawa dan akan diadakan pada 23 September 2017. Konvensyen Bidadari dianggap sebagai satu wadah untuk menghimpunkan para wanita untuk memperoleh ilmu bagi melahirkan wanita beraspirasikan bidadari syurga. 

Tujuan utama penganjuran Konvensyen Bidadari 2017 dengan tema “Hijrah Janji Teragung” ini adalah untuk memperlihatkan kepada kita tentang konsep hijrah yang sebenar dan bagaimana hijrah itu mampu memberikan impak dalam kehidupan kita secara holistik dari sudut jasmani dan rohani. Seperti yang kita sedia maklum, hijrah sudah sebati dalam kehidupan kita.

<<Baca lanjut>>

Di sebalik Konvensyen Bidadari 2017

Inspirasi Rabbani
Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui. Mereka itu ialah orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.(An-Nahl:41-42)
Hurun 'Ain
Bidadari mengambil konsep Hurun 'Ain iaitu satu anugerah atau ganjaran di syurga untuk hamba Allah yang bertakwa. Konvensyen Bidadari mengambil konsep ini dengan mengaplikasikan konsep wanita syurga seperti Asiah, Maryam, Fatima dan Khadijah RadhiyaLlahu 'anhunna dan menjadikan mereka sebagai contoh.

Penceramah

Dr.Harlina Haliza Siraj (Malaysia)

Dr.Harlina Haliza Siraj (Malaysia)

Dr. Harlina Halizah Siraj merupakan tenaga pengajar di Fakulti Perubatan, UKM dan pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCM), HUKM. Bidang pengkhususan beliau ialah Perkembangan Kendiri & Profesional, Perancangan Keluarga dan Kontrasepsi, Kesihatan Reproduksi dan Seksual Remaja & Wanita.

Dr Harlina merupakan aktivis dakwah dan kemanusiaan yang sangat komited dan sering melibatkan diri dalam khidmat masyarakat dan kerja sukarelawan. Dr Harlina juga menulis buku (Santunan Fitrah) dan seorang penceramah yang sering muncul di kaca televisyen. Dr Harlina telah menerima Anugerah Saiditina Khadijah sempena Maulidur Rasul 1432 Hijrah peringkat negeri Selangor.

Dr.Halima Boukerracha (Algeria)

Dr.Halima Boukerracha (Algeria)

Melakukan penghijrahan ke Malaysia bersama keluarga dari Algeria hampir 20 tahun yang lalu, Dr Halima Boukerroucha merupakan pembantu profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau mengajar subjek Usul al Fiqh, Asbab Al-Ikhtilaf, Maqasid al-Shari’ah Al-Islamiyyah dan Transaksi dalam undang-undang Islam dan diajar dalam bahasa Arab. Bidang kepakaran beliau ialah Fiqh Usul al-Fiqh, Maqasid al-Shari’ah dan undang-undang Islam.

Dr Halima telah menamatkan sarjana muda (1991) di Universiti Algier, Algeria dan peringkat sarjana (1999) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bidang Fiqh dan Usul Al-Fiqh. Pada tahun 2007, beliau berjaya menamatkan pengajian dan seterusnya meraih gelaran doktor di Universiti Algier, Algeria dalam bidang Usul Al-Fiqh.

Fynn Jamal (Malaysia)

Fynn Jamal (Malaysia)

Fynn Jamal merupakan selebriti tanah air yang menceburi pelbagai bidang seperti nyanyian, penulisan kreatif, dan juga perniagaan. Kerjaya Fynn Jamal bermula sebagai penyanyi, pelakon teater, penulis lirik dan penerbit muzik.

Namun kini, beliau lebih selesa menjadi pendidik, motivator, penulis dan pereka fesyen muslimah. Beliau menamatkan pengajian ijazah dari Universiti Islam Antarabangsa dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana di Universiti Sains Malaysia.

Fynn Jamal sangat berkemahiran dalam penulisan kreatif dan setiap karya beliau memberi kesan kepada pembaca dan pendengar.

Fynn Jamal sering dijemput untuk memberikan ceramah mengenai penghijrahan beliau kepada mentauhidkan Allah, memberi kesedaran kepada masyarakat tentang masalah sosial yang melibatkan remaja seperti kehamilan dan peranan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak autisme.

Dato Dr. Fatma El Zahra (Mesir/Malaysia)

Dato Dr. Fatma El Zahra (Mesir/Malaysia)

Berasal dari Mesir dan menetap di Malaysia bersama keluarganya. Tutur katanya yang lembut, sopan dan perkataan yang dikeluarkan mudah untuk difahami membuatkan beliau diminati oleh orang ramai. Setiap pengisian yang dikongsikan sentiasa memberikan ketenangan dan mendapat tempat di hati masyarakat.

Beliau yang dimaksudkan ialah Dato Dr. Fatma El Zahra, penceramah bebas yang mendapat tempat di Malaysia dan sering muncul di kaca televisyen tempatan. Dr Fatimah merupakan graduan berkelulusan bidang perubatan (pergigian) dari Universiti Cairo. Untuk peringkat sarjana, beliau telah melanjutkan pelajaran ke London dalam bidang Oral Surgery. Selain itu, Dato Dr. Fatma El Zahra juga mempunyai kelulusan dalam bidang Pengajian Islam Tinggi dari Universiti Al-Azhar.

Hanum Salsabiela Rais (Indonesia)

Hanum Salsabiela Rais (Indonesia)

Hanum Salsabiela yang berasal dari Jogjakarta, Indonesia ialah seorang penulis. Beliau mengikut suami, Dr.Rangga Almahendra ke bumi Eropah yang melanjutkan pelajaran beliau di sana. Ketika ini beliau mengambil kesempatan untuk menjelajah tempat berkenaan dan telah memberi satu pengalaman yang mengubah hidupnya.

Pada tahun 2010, Hanum mula menerbitkan buku pertamanya yang bertajuk “Menapak Jejak Amien Rais: Persembahan Seorang Putri Untuk Ayah Tercinta”. Buku kedua dihasilkan pada tahun 2013 yang berjudul “Berjalan Di Atas Cahaya” dan “99 Cahaya Di Langit Eropa” yang merupakan novel bergenre Islami hasil dari kerjasama beliau dan suami yang kemudian diadaptasi kepada filem.

Hanum telah melancarkan novel terbarunya, Bulan Terbelah di Langit Amerika yang sekali lagi telah diterbitkan kepada filem pada tahun 2016.

Ustadh Mohd Noor Deros (Singapura)

Ustadh Mohd Noor Deros (Singapura)

Ustadh Mohd Noor Derus merupakan graduan dari Universiti Al-Azhar dan pernah menuntut di Madrasah Al-Junied Al-Islamiah di Singapura. Beliau sering menerima jemputan untuk memberikan ceramah dan mengajar Islam dari institusi yang berbeza.

Beliau telah menyampaikan ceramah di beberapa universiti misalnya di Singapura (NUS), Malaysia (IIUM) dan Indonesia (Universiti Muhammadiyah Jogjakarta & Malang) dengan topik yang berkisarkan tentang filosofi Islam dan ekonomi.

Ustadh Mohd Noor Derus juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kewangan Islam dan pernah menulis buku yang berkaitan dengan riba.

Harry Fear (UK)

Harry Fear (UK)

Harry Fear merupakan wartawan penyiaran, pembuat filem dan seorang penceramah bebas. Berasal dari Britain dan berhijrah menjadi seorang Muslim. Beliau mempunyai minat yang mendalam untuk membuat liputan tentang konflik dan krisis yang berlaku di dunia.

Harry mula dikenali atas laporan beliau mengenai krisis migrasi yang berlaku di Eropah dan liputan tentang Gaza, Palestine (konflik antara Israel-Hamas) secara mandiri.

Harry telah bekerja sebagai wartawan antarabangsa untuk Russia Today (RT) yang merupakan sebuah stesen berita 24/7 selama 2 tahun. Liputan beliau mengenai isu yang melibatkan konflik antara Israel-Gaza (2012) telah dicalonkan sebagai penerima Anugerah Next Century Foundation International Media dan pernah disiarkan di stesen BBC, Al Jazeera dan CBC.

Dr. Rangga Almahendra (Indonesia)

Dr. Rangga Almahendra (Indonesia)

Dr Rangga Almahendra bersama isteri, penulis Hanum Salsabiela Rais. bergiat aktif dalam kepelbagaian bidang kreatif untuk menyampaikan dakwah di Indonesia. Dr Rangga merupakan tenaga pengajar di Universiti Gadjah Mada, Indonesia, penulis buku dan pengarah syarikat TV AdiTV yang menjalankan operasi mereka di Jogjakarta.

Pada tahun 2010, Dr Rangga berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan dan perniagaan antarabangsa dan meraih gelaran doktor dari Universiti Vienna, Austria. Sepanjang tempoh pengajian di WU Vienna, Dr Rangga dan isteri sempat menjelajah bumi Eropah dan seterusnya menulis buku yang bertajuk ’99 Cahaya di Langit Eropa” menerusi pengalaman mereka.

Buku tersebut telah menjadi “BestSeller” dan seterusnya diadaptasi kepada filem di Indonesia.

Booth

 

 

BUTIRAN BOOTH
Luas ruang 3m x 3m
Tiada panel disediakan
1 meja dan 2 kerusi disediakan

Tiket

HARGA TIKET (PROMOSI MERDEKA & HARI MALAYSIA)

RM 110

 

HARGA TIKET (PELAJAR)

RM 70

 

Pembayaran Melalui Billplz:

  1. Sila lengkapkan maklumat diri anda (Nama, Alamat Emel, dan Nombor Telefon).

  2. Isikan jumlah tiket yang ingin anda beli dan tekan butang PAY.

  3. Setelah menekan butang PAY, isikan maklumat pembayaran dan satu emel akan dihantar ke alamat emel anda untuk mengesahkan bahawa kami telah menerima permohonan anda.

  4. Kami akan menghantar E-Ticket melalui Emel pihak tuan/puan dalam tempoh tiga hari bekerja selepas pembayaran telah diproses dengan berjaya. Sila semak folder SPAM pihak tuan/puan jika tidak terdapat di dalam Inbox.

 

Pembayaran Melalui 'Bank Transfer':

  1. Sila lengkapkan maklumat diri anda (Nama, Alamat Emel, Nombor Telefon, Kuantiti, Maklumat Pembayaran dan Nombor Rujukan). Nombor Rujukan terdapat diatas resit bukti pembayaran di mesin tunai/pindahan wang.

  2. Tekan butang Hantar.

  3. Setelah menekan butang Hantar, satu emel akan dihantar ke alamat emel anda untuk mengesahkan bahawa kami telah menerima permohonan anda.

  4. Kami akan menghantar E-Ticket melalui Emel pihak tuan/puan dalam tempoh tiga hari bekerja selepas pembayaran telah diproses dengan berjaya. Sila semak folder SPAM pihak tuan/puan jika tidak terdapat di dalam Inbox.

 

PEMBELIAN TIKET ATAS TALIAN KINI DITUTUP

TIKET MASIH BOLEH DIDAPATI SECARA WALK-IN ATAU MELALUI EJEN TIKET KAMI PADA HARGA

RM 130

 

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai pembelian tiket, kami boleh dihubungi di:

Talian: +6017-8707730

Emel: tickets@thebidadari.com

Sukarelawan

Jadi sebahagian daripada kami!

Klik butang di bawah untuk menjadi sukarelawan Konvensyen Bidadari 2017 sekarang.

 

Pengumuman Penting!

iMuslim akan mengadakan perhimpunan bagi sukarelawan Konvensyen Bidadari 2017.
Maklumat perhimpunan adalah seperti yang berikut :

Hari: Ahad
Tarikh: 13 Ogos 2017
Masa: 9.00 pagi – 12 tengahari
Tempat   : iMuslim, 2-3, Jalan Elektron H U16/H , Denai Alam, Shah Alam

Agenda     :
(1) Taklimat Konvensyen Bidadari 2017
(2) Taklimat  Sukarelawan

Perhimpunan ini diadakan bagi memberi taklimat kepada para sukarelawan tentang Konvensyen Bidadari 2017 yang bakal berlangsung pada 23 September ini.

Kehadiran saudara/saudari di taklimat ini akan menentukan pemilihan akhir sukarelawan Konvensyen Bidadari 2017.

Jangan lepaskan peluang terbaik ini, Insha Allah.

Terima kasih.

Galeri

Hubungi

fb.com/imuslim.my
www.imuslim.my
Hantar Pesanan Anda
Isi borang berikut jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pesanan.

Hubungi Kami

  • +603 77347021 , +6017 8707730
  • contact@thebidadari.com
  • No.2-3, Jalan Elektron H U16/H
    40160 Shah Alam, Selangor.
    Malaysia